sistem pendaftaran online rebate rm200 handphone tergendala
Bilangan pendaftaran terus meningkat dari masa ke semasa, oleh belia yang berumur dari 21 hingga 30 tahun telah mendaftar untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) untuk pembelian telefon pintar

Skim PKB dilaksanakan tujuh syarikat telekomunikasi iaitu Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications dengan koordinasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Justeru itu kesan daripada sambutan yang menggalakkan tersebut, laman sesawang PKB iaitu komunikasibelia.skmm.gov.my dan nbi.skmm.gov.my telah mengalami sedikit gangguan kesesakan sejak ianya dibuka
Dalam perkembangan lain SKMM meminta orang ramai yang masih mencuba untuk mengakses laman sesawang berkenaan agar bersabar untuk sedikit masa lagi
Difahamkan masalah itu sedang ditangani oleh pasukan teknikal dan SKMM amat menghargai kesabaran orang ramai dan memohon maaf di atas kesulitan yang dialami
Mengenainya pendaftaran di bawah Pakej Komunikasi Belia dan skim Get Malaysian Business Online boleh dilakukan secara online dari 7 pagi hingga 11 malam
Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh hubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum