Permohonan BL1M Bantuan Lesen 1Malaysia Online – Borang
Telah diberitakan bahawa menerusi Program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) kelolaan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Barisan Nasional menyasarkan untuk membantu 500,000 pemohon dari kalangan orang muda mendapat lesen
Seiring dengan matlamat utama membantu warga Malaysia khususnya golongan muda untuk memiliki lesen motosikal yang sah selain memberi kesedaran mengenai undang-undang jalan raya dan membina etika pemanduan berhemah
Menariknya melalui skim ini pemohon dapat menikmati lesen motosikal kelas B2 pada kadar RM199, iaitu 50 peratus lebih rendah daripada harga biasa
Syarat kelayakan dan penyertaan
Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
Sihat tubuh badan
Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada ‘My E.G. Services Berhad’)
Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
Pada perkara berkaitan ia turut menawarkan beberapa keistimewaan lain antaranya yuran ujian berkomputer RM17 yang dikenakan bagi ujian berkomputer akan ditanggung sepenuhnya jika peserta terpaksa mendudukinya semula
Cara Mohon Dan Daftar BL1M
Kepada yang berkelayakan dan berminat boleh mendaftar nama untuk menikmati insentif program ini melalui laman sesawang rasmi BL1M klik url www.bl1m.my
Jika mengalami kesukaran untuk akses laman daftar online BL1M,anda boleh guna MyEG sebagai cara alternatif lain untuk mendaftar sila klik http://www.myeg.com.my/BM/index.html
Pemohon dinasihatkan menggunakan informasi yang ada pada laman aplikasi BL1M untuk lebih pemahaman lagi