pencerobohan lahad datu : keadaan terkini di sabah terkawal

Pencerobohan Lahad Datu : Keadaan terkini di Sabah terkawal

Terdapat insiden yang tidak diingini berlaku selepas pertempuran diantara kumpulan bersenjata Sulu dengan pasukan keselamatan negara pada Jumaat ( 1 Mac 2013) tempoh hari

Berdasarkan laporan semasa media yang memetik kenyataan  Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata ketiga-tiga kawasan yang diserang oleh kumpulan bersenjata Sulu seperti yang dilaporkan masih berada dalam keadaan terkawal

sidang media di lahad datu pencerobohan lahad datu : keadaan terkini di sabah terkawal

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkefli Mohd Zin pada sidang media di Lahad Datu pada Ahad

Ketiga-tiga kawasan tersebut yang berlaku serangan terbaru adalah Lahad Datu, Semporna and Kunak

Kekuatan tentera di tambah

“Saya juga telah memanggil Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin untuk mengukuhkan kedudukan dengan mengambil kira apa yang berlaku di tiga lokasi itu,” katanya pada sidang akhbar di Felda Sahabat

Jangan mempercayai khabar angin

Ismail turut meminta orang ramai agar jangan mempercayai khabar angin dan berita yang tidak disahkan oleh polis tentang apa yang berlaku di negeri ini

Beliau berkata orang ramai tidak perlu membuat andaian melainkan disahkan pihak berkuasa terutama jika berdasarkan laporan di media sosial dan komunikasi lain

batalion tentera ditambah pencerobohan lahad datu : keadaan terkini di sabah terkawal

Sekumpulan tentera daripada 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem 8 Briged Pengkalan Chepa, berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di Kelantan pada Ahad. Mereka antara kumpulan tambahan yang dihantar bagi menangani krisis pencerobohan yang berlaku di Sabah ketika ini

Ismail sekali lagi menegaskan bahawa sehingga hari ini polis tidak pernah mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk di negeri Sabah

Mengenai insiden terbaru,kumpulan bersenjata Sulu telah dikepung oleh pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, Lahad Datu ketika mereka cuba melarikan diri

Sementara lima anggota polis ditembak dalam satu serangan hendap di Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna dan 10 anggota kumpulan bersenjata dilihat memasuki Kampung Lumalong dan Kampung Dasar Lama di Kunak

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca