kes dera bayi terkini mangsa selamat

Kes dera bayi terkini mangsa selamat – ceria dijaga keluarga angkat

Bayi perempuan 10 bulan yang didera oleh ibunya dan diperlakukan seperti haiwan dalam rakaman video YouTube yang tersebar disahkan sihat dan menjalani kehidupan ceria bersama keluarga angkatnya

bayi kena dera kes dera bayi terkini mangsa selamat

Pengarah Bahagian Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Arfan Sulaiman berkata, bayi berkenaan kini dijaga keluarga angkat dan masih dipantau jabatan itu

Malah, dia lebih ceria dan tidak trauma seperti khabar angin yang disebarkan individu melalui laman sosial, Facebook dan Twitter,” katanya

Tentunya ramai yang akan mempersoalkan,kenapa perakam video tersebut tidak menyelamatkan bayi itu,malah dia terus melihat kanak-kanak itu di dera,hal ini juga menyebabkan dirinya dikritik

Berikut adalah kenyataan perakam video tersebut di sebuah akhbar

“Bukan sengaja saya ingin merakamkan kejadian itu tetapi kerana inginkan bukti untuk diberikan kepada pihak polis bagi memastikan ibu kandung bayi yang berusia 10 bulan (ketika video dirakam) itu menerima hukuman selepas berbulan-bulan dia mendera bayinya, jadi saya terpaksa

“Untuk mereka yang tidak tahu perkara sebenar, janganlah menuduh membuta tuli dan mengatakan saya bersekongkol, siasat dahulu supaya tahu apa yang berlaku tetapi bila ini yang saya terima saya kesal dan sedih,” katanya kepada Bernama sambil mengesat linangan air matanya

Video Youtube bayi didera yang tersebar

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca