gaji maksimum penjawat awam : kenaikan 2 hingga 5 peratus

Gaji maksimum penjawat awam : Kenaikan 5 peratus

tangga gaji penjawat awam gaji maksimum penjawat awam : kenaikan 2 hingga 5 peratus

Kerajaan dijangka mengumumkan penetapan gaji bagi penjawat awam yang sudah mencapai tahap gaji maksimum atau ‘gaji mati’ pada Februari 2013, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa menerusi laporan media

Turut dinyatakan bahawa penjawat awam yang mencapai tangga gaji maksimum mungkin menerima kadar kenaikan gaji antara dua hingga lima peratus

Sumber berkata kenaikan gaji itu hanya membabitkan kakitangan awam yang mempunyai prestasi perkhidmatan cemerlang serta mencatat markah 80 dan ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)

Mungkin selepas ini tiada lagi rungutan tentang  penjawat awam yang melakukan tugas dengan baik tetapi masih menerima gaji yang statik

Terdahulu CUEPACS menganggarkan kira-kira 20 peratus atau sekitar 280,000 daripada 1.4 juta kakitangan awam berdepan tangga gaji yang sudah mencapai tahap maksimum tahun lalu

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca