berita terkini pencerobohan lahad datu 23 februari 2013

Berita terkini pencerobohan Lahad Datu 23 Februari 2013
pasukan gerakan am lahad datu berita terkini pencerobohan lahad datu 23 februari 2013

Anggota Pasukan Gerakan Am dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan

Media tempatan pada Sabtu 23.2 melaporkan perkembangan semasa mengenai situasi insiden pencerobohan oleh kumpulan bersenjata Kesultanan Sulu yang sudahpun berlanjutan selama beberapa minggu

Memetik kenyataan laporan media,Menteri Luar Filipina, Albert del Rasario berkata, beliau ada menghubungi rakan sejawatannya, Datuk Seri Anifah Aman, meminta tarikh akhir pada Jumaat untuk pengikut Sultan Sulu meninggalkan Sabah dilanjutkan sehingga Selasa depan

Menurutnya, pihak berkuasa Filipina sedang cuba memujuk pengikut Sultan Jamalul Kiram yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo selama dua minggu supaya meninggalkan Sabah

Kami harap permintaan itu akan dipersetujui memandangkan usaha untuk memujuk keluarga Kiram supaya mengundur diri dalam keadaan aman,katanya kepada media di Filipina

Beliau berkata, pihak berkuasa Malaysia memberi jaminan kepada Filipina bahawa mereka tidak akan menggunakan kekerasan terhadap kumpulan terbabit sekiranya meninggalkan Sabah secara aman

Kapal tentera laut Filipina di lihat meronda sekitar Laut Sulu dan kawasan pelabuhan wilayah Sulu di selatan Filipina

kapal filipina lahad datu berita terkini pencerobohan lahad datu 23 februari 2013

Kapal tentera laut Filipina di lihat meronda sekitar Laut Sulu dan kawasan pelabuhan wilayah Sulu di selatan Filipina

Semalam media Filipina turut melaporkan Enam kapal tentera laut Filipina telah dikerahkan ke laut Sulu dan Tawi Tawi untuk menghalang kemungkinan berlakunya pertumpahan darah di antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sultan Sulu yang melakukan pencerobohan

Kapal-kapal ini hanya menjalankan rondaan di perairan pulau Tawi Tawi, pulau yang terletak kurang daripada setengah jam dari kampung Tandau

Jurucakap tentera laut Filipina Lt Gregory Fabic dipetik sebagai berkata memberitahu media di Manila bahawa kapal tentera laut itu tidak akan berlabuh di perairan Sabah tetapi berada di sana untuk membantu memastikan keadaan stabil

Sementara itu, Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario dalam satu kenyataan berasingan dilaporkan berkata Aquino telah mengarahkan pihak berkuasa kerajaannya ‘untuk melakukan apa juga cara’ yang boleh bagi menggesa kumpulan penceroboh itu menyerah secara aman dan mereka perlu melakukannya dalam masa terdekat

Hishammuddin di lahad datu berita terkini pencerobohan lahad datu 23 februari 2013

Hishammuddin: Maruah rakyat Sabah tidak harus dipandang ringan

Dalam perkembangan yang sama permintaan kerajaan Filipina untuk melanjutkan tarikh akhir kumpulan bersenjata Kesultanan Sulu meninggalkan Kampung Tanduo itu,menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyerahkan kepada Wisma Putra

Dipetik sebagai berkata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman

Beliau begaimanapun menegaskan bahawa kementerian akan menyerahkan kepada pihak polis untuk melancarkan operasi bagi menamatkan konflik tersebut

Kedaulatan negara dan maruah rakyat Sabah tidak perlu dipandang ringan,katanya kepada pemberita

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca