berita terkini lahad datu 5 mac 2013

Kumpulan bersenjata Sulu telah ditumpaskan oleh pasukan keselamatan Malaysia dalam kejadian tembak-menembak secara besar-besaran bermula pukul 7 pagi Selasa, kata sumber polis
Pasukan keselamatan Malaysia berada di peringkat keempat dalam Ops Sulu apabila mereka mengawal keselamatan kampung yang dikepung oleh kira-kira 100 lelaki bersenjata
Mereka adalah pengikut kepada seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, selain menegaskan bahawa saudaranya mengetuai kumpulan itu untuk berada di Tanduo sehingga mati walaupun tarikh akhir dilanjutkan kepada mereka untuk meninggalkan kawasan itu tanpa pertumpahan darah
Rundingan untuk menyelesaikan pencerobohan telah dilakukan secara aman telah gagal dan pada pagi Selasa, jet pejuang tentera negara melakukan serangan, diikuti oleh pasukan polis elit yang turut menghadapi pertempuran itu
Ketua Polis Negara memberitahu pemberita pada pukul 11.30 pagi Selasa bahawa tiada mangsa di kalangan rakyat Malaysia tetapi bilangan mangsa untuk lelaki bersenjata masih tidak diketahui
Keadaan di semua bahagian pantai timur Sabah adalah terkawal dengan pemantauan oleh pihak polis dan tentera
Pasukan keselamatan turut mengawal ketat di beberapa lokasi strategi di mana mereka diancam oleh pengikut Sultan Sulu kononnya akan berlakunya serangan balas sekiranya penceroboh Sulu dikalahkan – Mstar
Pasukan keselamatan (ATM) lancar serangan
Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi

Bermula pukul 7 pagi pasukan tentera mula menggempur kedudukan musuh di sekitar Kampung Tanduo, Lahad Datu. Letupan kuat mula kedengaran di sana sini
Ia disusuli dengan kehadiran jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) guna 3 pesawat F18, 5 Hawk
Operasi serangan pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh menggunakan tiga buah pesawat pejuang F18 dan lima lagi jenis Hawk, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kepada media

Beliau juga mengesahkan tiada anggota keselamatan yang tercedera dalam operasi itu manakala di pihak pengganas Sulu pula belum dipastikan kerana Ops Sulu masih berlangsung
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula memberi jaminan bahawa operasi akan diteruskan selepas ini bagi memastikan keselamatan Sabah dan negara ini
Video sidang media OPS SULU
Tiada anggota keselamatan cedera
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan tiada anggota keselamatan yang terbunuh atau cedera dalam serangan ofensif terhadap pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah lapor Bernama
Alhamdulillah jelas tiada kecederaan langsung (di pihak anggota keselamatan)
Tapi dalam konteks pihak musuh, itu kita kena tunggu kerana sekarang ini masih dalam operasi,” katanya pada sidang media bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Lahad Datu
Mayat pengganas
Kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo lapor Utusan Online
Operasi pembersihan masih diteruskan bagi mencari saki-baki pengganas
Video : Gempur!
Lokasi persembunyian pengganas Kampung Tanduo digeledah polis
Operasi penggeledahan di lokasi persembunyian pengganas dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo masih berjalan sehingga kini
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, operasi itu dilakukan secara teliti dan perlahan oleh anggota komandernya di kawasan seluas empat kilometer persegi
Jaminan keadaan di Semporna terkawal
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kawalan keselamatan di daerah Semporna yang terletak berhampiran Lahad Datu, diperketatkan ekoran serangan ke atas penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu
Beliau memberi jaminan kepada penduduk di kawasan sekitar bahawa keadaan keselamatan di daerah ini, yang terletak kira-kira 200 kilometer dari Lahad Datu, adalah terkawal.
Ismail berkata operasi yang dijalankan pihak keselamatan di kawasan itu tidak menjejaskan keselamatan penduduk di Semporna yang rata-rata melahirkan kebimbangan mungkin berlaku serangan balas oleh pihak penceroboh di kawasan itu
Kami telah mengetatkan kawalan keselamatan di daerah Semporna terutama dikawasan Kampung Simunul. Pegawai dan anggota polis telah bersiap-sedia daripelbagai aspek, jadi saya minta orang ramai jangan panik,” katanya
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan khabar angin yang disebar pihak tidak bertanggungjawab, sambil menegaskan bahawa langkah keselamatan yang diatur pasukan keselamatan adalah yang terbaik – BERNAMA
Pasukan keselamatan mampu tumpaskan saki baki penceroboh
Pasukan keselamatan mempunyai kepakaran untuk menumpaskan saki baki penceroboh bersenjata selepas serangan udara dan darat dilancarkan pagi ini untuk mengakhiri insiden pencerobohan yang berlarutan selama 21 hari di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari Lahad Datu, Sabah, kataMenteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Katanya walaupun kawasan yang diceroboh mempunyai bentuk muka bumi yang mencabar dan diibarat ‘lubuk permainan’ penceroboh, namun kepakaran serta taktik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) cukup membanggakan
Oleh itu, katanya Malaysia tidak memerlukan sebarang campur tangan asing dalam menangani insiden pencerobohan di Sabah kerana ia mempunyai pasukan keselamatan yang kuat
