bandar raya paling ganas di dunia
Bandar raya paling ganas di dunia – Sula San Pedro
Bandar yang terletak di Honduras,San Pedro Sula,negara rantau Amerika Tengah ini merupakan bandar raya paling ganas di dunia

Gambar – pada 11 Mac 2012 menunjukkan mayat seorang lelaki terbaring di sebuah pusat snuker selepas diserang sekumpulan lelaki bertopeng di San Pedro Sula
Saban hari, penduduknya disajikan dengan adegan kumpulan penjenayah bertempur menggunakan raifal AK-47 dan grenad, pembunuh menyerang pada siang hari dan anggota polis meminta wang suapan
Di Honduras, negara yang memiliki populasi lapan juta orang, satu kes pembunuhan dilaporkan pada setiap 74 minit
Beberapa pakar memberitahu, keganasan yang melanda negara berkenaan berkait rapat dengan aktiviti penyeludupan dadah dan gejala rasuah – AFP