2 rakyat malaysia menjadi tebusan militan di algeria

2 rakyat Malaysia menjadi tebusan militan di Algeria – gambar video

Rakyat Malaysia dan Filipina merupakan antara tebusan yang kini menjadi tahanan di pangkalan gas di Algeria, lapor saluran berita Perancis, France 24 pada Rabu berdasarkan apa yang dilaporkan mengenai perbualan telefon dengan seorang lelaki warga Perancis

2 rakyat malaysia tebusan di algeria 2 rakyat malaysia menjadi tebusan militan di algeria

Kira-kira 600 pekerja tempatan dan empat pekerja asing yang ditahan sebagai tebusan oleh sekumpulan militan di kompleks pemprosesan gas di In Amenas, timur negara ini, dilapor telah diselamatkan oleh tentera Algeria dalam satu operasi menyelamat

Agensi berita tempatan, APS melaporkan, kesemua pekerja rakyat tempatan itu dibebaskan selepas tentera Algeria melancarkan operasi darat dan udara untuk menggempur kompleks berkenaan bagi membebaskan tebusan

Turut dibebaskan, empat pekerja asing iaitu dua rakyat Britain dan masing-masing satu dari Perancis dan Kenya

Bagaimanapun, nasib dua rakyat Malaysia iaitu K. Ravi, 48, dari Pulau Pinang dan Lau Seek Siang, 38, dari Sarawak masih belum diketahui

Dalam perkembangan lain, Amerika Syarikat (AS) turut menghantar sebuah pesawat peninjau tanpa pemandu (drone) untuk meninjau keadaan semasa di kompleks berkenaan – AGENSI

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca