TASHA SHILLA NAFI MENARI AKSI GHAIRAH DI KELAB MALAM

Kalau tiada angin bertiup tidak akan pokok bergoyang,Kalau sungguh-sunguh tidak bersalah,tampil lah untuk menjernihkan keadaan

Inilah tindakan yang dilakukan oleh pelakon cantik Tasha Shila dalam menangkis spekulasi negatif yang melanda dirinya

Apa yang menjadi bualan sebelum ini disebabkan kononnya dia berkelakuan liar dan sanggup menari dengan aksi ghairah di sebuah kelab malam ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 pada 25 Januari lalu

Gambar seksi Tasha Shilla TASHA SHILLA NAFI MENARI AKSI GHAIRAH DI KELAB MALAM

Dengan perasaan kecewa sambil menyifatkan tuduhan itu sebagai melampau, Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak bagaimanapun mengaku berkunjung ke kelab tersebut tetapi tidak berkelakuan seperti yang didakwa

Ikuti petikan kenyataan Tasha Shilla di mstar online

Saya bukan bodoh atau tidak sensitif untuk berkelakuan di luar kawalan seperti yang diperkatakan

Sebagai selebriti, sudah tentu saya sedar dan peka dalam menjaga tindak-tanduk terutamanya ketika berada di tempat awam

Saya kecewa apabila orang menuduh saya begitu sedangkan saya hanya menari biasa dan bukannya menari di tiang dengan aksi ghairah,katanya dalam nada kesal

Tasha berkata dia tidak mampu untuk menghalang persepsi orang luar yang hanya mengenalinya sebagai artis tetapi apa yang lebih penting adalah kepercayaan dan sokongan ahli keluarga dan teman-teman rapat

Saya tidak mahu menjadi hipokrit dan menafikan kononnya saya tidak pergi ke kelab seperti yang diperkatakan

Hakikatnya, apa yang saya jelaskan adalah sesuatu yang benar-benar berlaku. Saya harap dengan penjelasan ini, masyarakat akan tahu perkara sebenar,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca