WAN SHADES BAKAL SAMAN ROTIKAYA.COM

February 25, 2012

Artis dan Hiburan

Bekas penyanyi kumpulan Shades, Mohamad Faizal Mohd Ali atau Wan Shades akan mengambil tindakan saman terhadap pengendali blog hiburan Rotikaya.com kerana menerbitkan artikel yang dianggap memfitnahnya.

Katanya, artikel bertajuk Wan Shade Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol anak Tiri Selama Tujuh Tahun secara jelas merujuk kepada dirinya.


Gambar Wan Shades WAN SHADES BAKAL SAMAN ROTIKAYA.COM

WAN SHADES BAKAL SAMAN ROTIKAYA.COM

Artikel itu dikeluarkan dalam blog Rotikaya.com pada 20 Februari lalu. Bagaimanapun, artikel itu sudah dikeluarkan daripada blog berkenaan.

Wan berkata, tindakan undang-undang terpaksa diambil untuk memberi pengajaran kepada pengendali blog itu supaya bertanggungjawab terhadap artikel yang dikeluarkannya selain meminta mereka tampil untuk menjawab setiap tuduhan yang dilemparkan.

“Artikel yang dikeluarkan adalah satu spekulasi tidak benar dan ia mencemarkan maruah saya sebagai artis dan nama baik saya sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia,” katanya pada sidang media di rumahnya di Taman Melati di sini, semalam.

Beliau memberi tempoh tujuh hari kepada blogger itu untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

“Saya sedia bersemuka dengan blogger terbabit untuk mendapatkan penjelasan, namun mereka gagal dihubungi,” katanya.

Wan turut membuat laporan di Balai Polis Ukay Perdana pada hari sama selepas membaca artikel berunsur fitnah diterbitkan dalam blog berkenaan.

Facebook - Ruangan Berkongsi (Info) (Pendapat) (Komen) Anda

Artikel Dan Info Terdahulu

  1. PEROGOL ITU BUKAN SAYA-WAN SHADES
  2. TAN SRI MUSA HASSAN BUAT LAPORAN POLIS
  3. GAMBAR BAKAL ISTERI TAUKE JAMBU
  4. AAMIR KHAN DI SAMAN RM6 JUTA KER RINGGIT?
  5. GAMBAR BAKAL ISTERI NABIL NAZIRAH AYUB
  6. GAMBAR BAKAL SUAMI NORANIZA IDRIS
  7. PEKIDA MAHU SAMAN FARID KAMIL DAN SYAMSUL?
  8. GAMBAR|BAKAL ISTERI TOMOK|NIKAH 1 JULAI 2011
  9. GAMBAR BAKAL ISTERI FEDTRI YAHYA,NURUL ANATI ISMAIL|PENGACARA MHI TV3|AKAN BERKAHWIN PADA 28 MEI 2011
  10. GAMBAR|SARA ALI BAKAL MUNCUL DALAM FILM NUR KASIH THE MOVIE