Tahniah diucapkan kepada Mawi dan Ekin kerana mendapat anak perempuan.kini sudah bergelar ayah selepas isterinya, Ekin, selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 4 pagi pada hari Selasa 28 Februari 2012
Bayi sulung seberat 2.8 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi.
Menurut pengurus peribadi Mawi, Mohd Nasir Ismail, yang mengesahkan berita tersebut, Ekin atau nama sebenarnya Nora’Asikin Rahmat, diberikan suntikan ubat pelali kerana mempunyai sedikit komplikasi untuk bersalin.
“Alhamdulillah, akhirnya pasangan itu mendapat anak perempuan. Ekin telah dimasukkan ke hospital pada pukul 7.30 malam semalam (Isnin).
Sementara itu, Nasir berkata, pasangan itu enggan mendedahkan wajah anak sulung mereka buat masa ini.
Tetapi sebuah majlis kesyukuran akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi meraikan kelahiran anak pasangan selebriti tersebut.
Mawi dan Ekin berkahwin pada 21 Disember 2008.Terdahulu, Ekin pernah keguguran sebanyak dua kali pada tiga tahun yang lalu.
GAMBAR ANAK MAWI DAN EKIN-CAHAYA MALAIKA



Artikel Dan Info Seterusnya
Facebook - Ruangan Berkongsi (Info) (Pendapat) (Komen) Anda
Artikel Dan Info Terdahulu
- GAMBAR COMEL ANAK PEREMPUAN DAVID BECKHAM TERBARU
- GAMBAR PALSU ANAK PEREMPUAN AISHWARYA RAI
- AHMAD DHANI PENING ANAK NAKAL
- ANAK SAFURA MENINGGAL DUNIA
- GAMBAR ANAK KRIS DAYANTI
- GAMBAR ANAK SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR
- EKIN MENGANDUNG 7 MINGGU
- GAMBAR TERKINI ANAK KEDUA RITA RUDAINI ADIL ZAFUAN
- GAMBAR|RITA RUDAINI LAHIRKAN ANAK KEDUA|AIDIL ZAFUAN DAPAT ANAK KE-2
- PERKARA-PERKARA YANG DAPAT MEMBUATKAN PEREMPUAN TERTARIK KEPADA DIRI LELAKI


February 28, 2012
Artis dan Hiburan