Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yang tahu,gambar Sapiah Aping,suku kaum samaling orang asli dari Bera Pahang bergaya dengan hadiah kereta Mercedes-Benz E200 CGI ini menceritakan segala-galanya
Juga seorang penoreh getah,kereta yang dimenanginya ini adalah hasil daripada menyimpan sejumlah wang dalam Sijil Simpanan Premium (SSP) yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).
Ditanya apakah perasaan memenangi hadiah tersebut,menurutnya, dia tidak menyangka menjadi individu bertuah memenangi hadiah pertama bagi bulan Januari iaitu sebuah kereta mewah yang menjadi idaman ramai.
“Buat masa ini saya tidak mempunyai lesen memandu tapi saya akan cuba mendapatkannya dalam masa terdekat kerana sudah mempunyai kereta sendiri.
“Saya tidak bercadang menjualnya. Buat sementara waktu, saya akan minta adik lelaki menjadi pemandu,” katanya ketika ditemui di Terminal 2 di sini, semalam.
Sapiah berkata, dia dimaklumkan oleh kakitangan bank berkenaan melalui panggilan telefon mengatakan memenangi hadiah sebuah kereta.
“Namun saya tidak percaya memenangi kereta mewah ini sehinggalah saya dapat melihat sendiri kereta yang berharga RM375,000, yang kini menjadi milik saya,” katanya.
Artikel Dan Info Seterusnya
Facebook - Ruangan Berkongsi (Info) (Pendapat) (Komen) Anda
Artikel Dan Info Terdahulu
- GAMBAR GELANG BERLIAN-HADIAH PERKAHWINAN YUSRY DAN LISA SURIHANI
- GAMBAR FERRARI DATO LEE CHONG WEI DAN KOLEKSI KERETA
- FOREX TUKARAN WANG ASING HARAM BAGI ORANG ISLAM
- KAMAL ASHNAWI ORANG TERKAYA DI DUNIA MILIKI RM20 TRILION?
- CARA PARKING KERETA DI RUANG SEMPIT
- KERETA MERCEDES BENZ SLR MCLAREN UNTUK DIJUAL
- 8 KERETA FERRARI DAN SEBUAH LAMBORGHINI BERLANGGAR
- GAMBAR KERETA HONDA CR-Z
- PEMENANG,JUARA TEKA LAGU SURIA FM | PEMENANG PERADUAN PECAH TABUNG ITU AJE | NORHAFIZAH MENANG RM35,700
- GAMBAR TERBARU KERETA PERODUA BEZZA | TERBARU KERETA PERODUA BEZZA | GAMBAR KERETA PERODUA MALAYSIA


February 26, 2012
berita semasa