KHAIRUL FAHMI PULANGKAN CINCIN TUNANG?

August 2, 2011

berita semasa

KHAIRUL FAHMI AKAN MEMULANGKAN CINCIN PERTUNANGAN

Kontroversi putus tunang penjaga gol skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, hampir menemui noktah apabila hero Harimau Malaya itu mengesahkan akan memulangkan cincin pertunangan kepada keluarga bekas tunangnya dalam masa terdekat.

 KHAIRUL FAHMI PULANGKAN CINCIN TUNANG?

Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek berkata, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan segala urusan dilakukan mengikut adat Melayu termasuk menyerahkan semula cincin pertunangan yang bakal disempurnakan keluarga angkatnya di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, kata Khairul Fahmi, dia tidak turut serta ketika urusan penyerahan cincin itu kerana terpaksa ke Slovakia beberapa minggu bagi menjalani latihan intensif bersama skuad Olimpik.

“Saya sudah meminta keluarga angkat di Kuala Lumpur menyerahkan cincin pertunangan yang saya terima mengikut adat Melayu sebagai tanda tiada lagi ikatan pertunangan. Selepas ini saya harap tidak timbul lagi masalah lain kerana saya mahu ia diselesaikan secara baik.

“Penyerahan cincin akan dilakukan dalam masa terdekat namun malangnya saya tidak berada di sini kerana terpaksa menjalani latihan intensif bersama skuad Olimpik di Slovakia,” katanya ketika di temui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, malam kelmarin.

Facebook - Ruangan Berkongsi (Info) (Pendapat) (Komen) Anda

Artikel Dan Info Terdahulu

  1. TERKINI ELIA TIDAK TAHU KHAIRUL FAHMI MAHU PUTUS TUNANG
  2. KENAPA KHAIRUL FAHMI PUTUS TUNANG?
  3. GAMBAR BAJU BERSIH 2.0|PERHIMPUNAN 9 JULAI 2011
  4. 198 LAMAN WEB KERAJAAN DIGODAM
  5. VIDEO GOL MALAYSIA VS KEMBOJA 7 JUN 2011|KEPUTUSAN
  6. GAMBAR BAKAL ISTERI FEDTRI YAHYA,NURUL ANATI ISMAIL|PENGACARA MHI TV3|AKAN BERKAHWIN PADA 28 MEI 2011
  7. (GAMBAR) SHERA TUNANG ZAHIRIL | BERDEBAR MAHU JADI TUNANG
  8. (GAMBAR) ASHRAF MUSLIM DAN DAYANA TUNANG | PERTUNANGAN SEPERTI KENDURI KAHWIN
  9. (GAMBAR) ASHRAF MUSLIM TUNANG | NIKAH 1 SYAWAL DI MEKAH
  10. (GAMBAR) ASHRAF MUSLIM | TUNANG 23 APRIL | NIKAH?